Friday, January 21, 2011

terjatuh dari ketinggian 50 meter di bukit broga


MANGSA berjaya dikeluarkan dari tempat kejadian kira-kira jam 1 petang dan dibawa ke Hospital Kajang, semalam.


KAJANG: Keghairahan seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di Semenyih, Selangor semalam, bertukar menjadi pengalaman pahit selepas dia cedera parah akibat terjatuh dari ketinggian 50 meter.


Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Norhanani Shahim, 23, dari Semenyih, Kajang dipercayai mendaki berseorangan sebelum tiba-tiba tergelincir dan terjatuh di lereng bukit.


Difahamkan, mangsa yang mengalami kecederaan serius tulang belakangnya dan tidak boleh bergerak ditemui seorang pendaki, yang kemudian memberi bantuan kecemasan sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Kajang.


Sumber memberitahu Berita Harian, sepasukan anggota JPA3 Kajang dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat itu bersama enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang serta dua pembantu perubatan Hospital Kajang untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa.


Katanya, pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11 pagi.
namun operasi itu mengambil masa berikutan laluan masuk yang sukar serta sempit ke tempat kejadian.


Beliau berkata, usaha membawa mangsa keluar dari tempat kejadian perlu dilakukan berhati-hati berikutan tahap kecederaan tulang belakangnya yang serius.
“Wanita malang itu berjaya dikeluarkan selepas dua jam iaitu jam kira-kira jam 1 petang dan dia dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut,” katanya sambil menambah keadaan mangsa dilaporkan stabil.






4 comments:

  1. gempak dooooooooooooo!!

    ReplyDelete
  2. haha. ko hampir2 jadi mcm nie hari tuu. haha. nasib baik moon selamat kan ko. haha

    ReplyDelete
  3. salam..

    singgah pagi sambil folo ur blog..***24

    ReplyDelete
  4. thanks ! following u back. ;)

    ReplyDelete